Pages

Friday 25 November 2011

Soalan Muzik Tahun 6 2011

Soalan Muzik Tngah Thn

Thursday 24 November 2011

Teknik Nyanyian

SEBUTAN 

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. Bentuk mulut bagi bunyi vokal:







POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

i)Postur Berdiri
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:
a) Kaki     : berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
b)Lutut     : dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
c)Badan   : belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
d)Dada    : dinaikkan.
e)Bahu     : ditarikkan ke belakang sedikit.
f)Dagu     : selari dengan lantai.
g)Tangan : di sisi.

ii)Postur Duduk
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika  menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:
a)Bahagian badan hingga kepala   : Keadaannya sama seperti  postur berdiri.
b)Belakang badan                             : Tidak bersandar
c)Punggung                                         : Terletak  di tengah kerusi.
d)Kaki                                                : Di letak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
d)Tangan                                          : Diletak di atas paha.



PERNAFASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti  warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut :-

a)Menghembus dan menarik nafas.
Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa  anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.                 

b) Bernafas secara cepat .
Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccato
Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang  sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.

d) Hiss/Hoo
Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke  atas secara perlahan dan hembuskan
nafas dengan bunyi “hiss”.             
                    


PENGHASILAN TON


Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran  penggunaan dan pengaw alan organ vokal  (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi  memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a)Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).  
b)Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c)Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur  dilanjutkan hingga ke nilai not yang
  panjang.
d)Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong  terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c)  Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:
      “Hee  hee  hee !  Apa  khabar ?”

Wednesday 23 November 2011

Solfa Isyarat Tangan (Kodaly)




Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘Do’ bawah yang berada di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi  sedikit sehingga ‘Do’ atas yang terletak di paras kepala. Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di bawah :



Kodály Solfege Hand Signs

Gambus


 
Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

 
Lain-lain Gambar
 


Sitar

 
Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. 
 
Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.
 
Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.


Sumber :  Warisan Budaya Malaysia

London Bridge Is Falling Down



Sumber : Youtube

Refleksi Pembelajaran MIkro

Kopi Susu



Sumber : Youtube

The More We Can Get Together



Sumber : Youtube

Terek Tek Tek



Sumber : Youtube

Wau bulan



Sumber : Youtube

Jong-Jong Inai



Sumber : Youtube

Nenek Si Bongkok Tiga



Sumber : Youtube

Bangun Tidur


Link : Youtube

Persembahan Murid


Dikir Barat




Boria






Joget


Seruling

Seruling
 
 
 
Pengenalan
Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang memetiknya.
 
Fungsi
Digunakan untuk memainkan muzik hiburan.
 
Cara Bermain
Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada permukaan atas seruling dan angin ditiupkan melalui lubang kecil pada pangkal bahagian atas.
 
Lain-lain Gambar